Balik Raya Haji ritu cadang nak dok lama kat kampung, tapi hajat tak kesampaian sebab bulan 11 agak padat jadual.
Memang bulan lepas padat jugak jadual. Balik Kedah dua 3 kali, pi Nilai lagi, pi Pahang lagi. Walau pun jadual padat, Alhamdulillah masih sihat macam biasa dan bertenaga :)
3 Nov terlibat dengan Forum Bicara Hijrah. Ahli panel Catriana Ross dan Diana Amir. Saya jadi moderator. Walaupun cuaca hujan di sebelah petang, Alhamdulillah program berjalan dengan jayanya.
Kat bawah ni Zikri dan Zafra. Diorg lama yang banyak berhubung dengan saya bagi menjayakan program tu. Tahniah Zikri & Zafra!
4 Nov kena masuk sidang ke 3 konvokesyen UTHM sebagai barisan staff akademik. Yg kat sebelah saya tu baru balik sambung PHD di Melbourne. Rupa-rupanya orang Kedah jugak, asal Guar Chempedak, dekat dengan umah mak mertua saya. Hmmm..kecik ja dunia ni.
6,7 & Nov ada kat Kedah. terlebat dengan Karnival Pendidikan di Kolej Mara Kulim. Yang 2 orang kat bawah tu staf UTHM, kami turun bertiga. Gambar saya tak dak sebab tak sempat nak suruh orang amik :(
Dr. Musli tengah explain program pengajian yang ada kat UTHM.
Yang kat bawah ni Dr. Shukri, terima cenderahati dari pihak penganjur.
Abu Hanifa? jadi camera man ja la :(
17 & 18 Nov saya ikut satu program motivasi & keusahawanan yang dibuat kat Bukit Gambang Pahang. Ni anjuran pihak luar, yuran dikenakan RM 310.00. Walaupun yuran macam tu tapi hampir 3200 orang yg join dari seluruh pelusuk Malaysia, dari Singapora dan Indonesia pun ada. Menarik sangat. Lepas ni ada lagi program macam ni saya nak join lagi i.Allah. Banyak input baru yg saya belajar.
Yang bestnya Prof Zainal, salah sorang staff veteran UTHM pun pi. Prof Zainal ni lah yang dapat anugerah Profesor Emeritus pada konvokesyen UTHM baru-baru ni.
Bila nak mendarat kat Alor Setar tak dapat coz jerebu teruk sangat, kena pi mendarat kat Penang dulu. Dekat 2 jam gak, pastu baru terbang pi Alor Setar balik. sepatutnya sejam dah sampai dari KL, ni jadi 3 jam. Hmmm..
Haaa ni pemandangan kat kg saya, Kg Sungai Gelam, tak jauh dengan UiTM Kedah. Kat belakang tu Gunung Jerai.
My beloved wife and daughter..
24 Nov ada lagi 1 program, Forum Perdana yang diadakan kat Taman Universiti Parit Raja. Moderator Mohd Arif, ahli panel Diana Amir dan saya. Forum sempena Maal Hijrah.
Tahniah kepada JKK Kolej Kediaman Taman Universiti UTHM coz berjaya menganjurkan Forum Perdana Hijrah!Ramai yang datang malam tu..
Haaa ni pemandangan kat kg saya, Kg Sungai Gelam, tak jauh dengan UiTM Kedah. Kat belakang tu Gunung Jerai.
My beloved wife and daughter..
24 Nov ada lagi 1 program, Forum Perdana yang diadakan kat Taman Universiti Parit Raja. Moderator Mohd Arif, ahli panel Diana Amir dan saya. Forum sempena Maal Hijrah.
Tahniah kepada JKK Kolej Kediaman Taman Universiti UTHM coz berjaya menganjurkan Forum Perdana Hijrah!Ramai yang datang malam tu..
No comments:
Post a Comment