Saturday 20 July 2013

Pindah Domain





Assalamualaikum & Salam Ramadhan

Mulai 20/7/2013, saya berpindah ke blog baru www.motivasiarab.com/blog/

Saya ucapkan jutaan terima kasih pada kawan-kawan yang selalu buka blog saya.

Bulan puasa ni tak banyak post sangat, maklum la sibuk dok beribadah :)

Kebanyakan post yg dipaparkan di blog ini saya dah export ke blog www.motivasiarab.com/blog/

Okay jom buka www.motivasiarab.com/blog/

www.motivasiarab.com/blog/

Monday 15 July 2013

Lebih Berhati-hati





Orang yang kena tipu tu bukan semuanya bodoh.

Kadang-kadang kita ditipu oleh orang yang kita kenal/sayang disebabkan terlalu percaya pada kejujurannya.

Tak perlu salahkan diri kita 100%. Tak ada jaminan 100% yang seseorang tu akan selamat dari ditipu.

Apa yang perlu dilakukan adalah lebih berhati-hati di masa hadapan :)

Friday 12 July 2013

Ramadhan Bulan Pengampunan


Alhamdulillah masih diberikan kesempatan untuk bertemu Ramadhan kali ni. Ramadhan ni bahasa apa ek? Bahasa Melayu ka Bahasa Arab Bahasa Jawa?

Ramadhan berasal daripada perkataan bahasa Arab yang bermaksud panas terik yang membakar

Zaman dulu-dulu umat Islam akan puasa dalam musim panas. Ramadhan biasanya datang pada musim yang panas terik.

Dalam bulan ni Allah sediakan pengampunan yang amat luas. Sama-sama kita perbanyakkan istighfar. Kita manusia biasa, mesti pernah buat silap. Hanya Nabi Muhammad SAW saja yang maksum. Kesalahan yang kita buat terhadap Allah, cepat-cepat kita mintak keampunan dariNya. Allah Maha Pengampun, pasti Allah akan ampunkan segala kesalahan kita, tambahan pulak di bulan yang penuh pengampunan ni.

Kalau buat silap dengan orang, kita kena pi jumpa dia dan mintak maaf dengan dia. Jangan takut, kalau kita betul-betul ikhlas nak mintak maaf, orang dapat rasa keikhlasan kita. Mungkin dulu dia kata dia takkan maafkan. Tu dulu, manusia sering berubah. Boleh jadi dulu dia tak mau maafkan, tapi sekarang hati dia dah lembut. Ramai yang hatinya jadi lunak di bulan Ramdhan.

Sesungguhnya bulan rahmat ini akan membakar dosa-dosa mereka yang berpuasa dengan penuh keimanan

Bulan rahmat ini juga akan membakar semangat seluruh umat Islam untuk meningkatkan amalan menjadi hamba Allah yang benar-benar bersyukur.

Selamat Beribadah!

Kurangkan Juadah, Lebihkan Ibadah


Benarkah tidur dalam bulan puasa dikira ibadah?




Benarkah tidur dalam bulan puasa dikira ibadah?
Masa mula-mula belajar ilmu agama, saya tertanya-tanya sebab apa tidur dalam bulan puasa dikira ibadah di sisi Allah. Banyak juga majlis baca kitab yang saya ikut. Last sekali jumpa jugak jawapannya. Guru tasawuf saya menghuraikan;
Seseorang yang berpuasa, kalau dia tak tidur dia tak dapat nak jaga pandangan dan mulut dari melakukan perkara yang ditegah, tidur itu lebih baik untuk dia. Sekurang-kurangnya bila dia tidur dia mendapat pahala meninggalkan maksiat.
Tidur juga dikira ibadah jika seseorang itu niat berehat supaya ada kekuatan untuk bangun beribadah di waktu malam.
Kalau banyakkan tidur di siang hari macam mana pulak?
Di antara adab-adab puasa ialah elakkan banyak tidur di waktu siang dan tidak makan banyak di waktu malam.  Bulan Ramadhan adalah hadiah yang diberikan oleh Allah untuk kita melakukan ibadah sebanyak mungkin. 1 amalan sunat diberikan ganjaran seperti amalan fardu dan 1 amalan fardu digandakan sehingga 70 kali pahala.
Kata Salafus Soleh:
إذا شبعت البطن جاعت جميع الجوارح، وإذا جاعت البطن شبعت جميع الجوارح
Antara lain ertinya:
Takkala perut kekenyangan, akan laparlah seluruh anggota badan, dan apabila perut berasa lapar akan kenyanglah seluruh anggota badan.
Kata-kata di atas bermaksud apabila perut manusia penuh dengan makanan, seluruh anggota badan akan mudah melakukan perkara yang negatif (maksiat). Mulut akan mudah mengungkapkan umpat dan mata teringin memandang pada perkara yang ditengah. Apabila perut berasa lapar, seluruh anggota badan seolah-olah tidak bernafsu lagi untuk membuat sesuatu yang keji. Sebab itulah Saidina Abu Bakar As Siddiq tidak pernah mengenyangkan perutnya setelah beliau memeluk Islam.
Sumber:
النصائح الدينية للحبيب الحداد

Wednesday 3 July 2013

Bagaimana Membuat Keputusan




Orang berjaya bukanlah sentiasa buat keputusan yang betul. Tidak ada seorang pun yg boleh buat keputusan yang betul pada setiap masa melainkan Nabi Muhammad SAW.

Apabila mereka membuat sesuatu keputusan, keputusan tersebut terus disusuli dgn tindakan. Andaikata keputusan mereka tu kurang tepat, mereka akan kaji semula dan perbaiki.

Orang yang berjaya bukanlah jenis orang yang hanya merancang, berdoa dan mengatakan akan melakukan sesuatu pada satu masa nanti. Sebaliknya keputusan yang dibuat disusuli dengan tindakan.

فإذا عزمت فتوكل إلى الله
Apabila kamu berazam hendaklah serahkannya kepada Allah

Tuesday 2 July 2013

Usaha Tangga Kejayaan

Semua orang tahu kata-kata di atas, tetapi bukan semua orang dapat melaksanakannya. Bercakap adalah lebih mudah dari memulakan tindakan.

Untuk mendapatkan sesuatu, kita mestilah berusaha dan bersabar. Bagi mendapatkan segulung ijazah, seseorang murid mestilah belajar bersungguh-sungguh mendapatkan keputusan yang cemerlang dalam SPM seterusnya melangkahkan kaki ke menara gading.

Begitulah juga dalam menjalan perniagaan sampingan. Anda memerlukan ilmu dan usaha. Sekiranya kita mencuba, setidak-tidaknya 50% kejayaan sudah berada dalam genggaman. Akan tetapi jika kita tidak mahu mencuba, seolah-olah kita telah pun menempah 100% kegagalan.

Tidak perlu takut untuk mencuba. "When we have nothing, we have nothing to lose."

Dalam bisnes kami, prinsip dipegang sangat mudah. "The more you learn, the more you earn." Lagi banyak anda belajar, lagi banyaklah anda akan menuai hasilnya.

Kebanyakan golongan berjaya bukanlah melakukan sesuatu perkara yang luar biasa. Mereka hanya melakukan perkara biasa tetapi dengan cara yang luar biasa.

Friday 28 June 2013

Majalah Kesihatan Sebenar

Terima kasih melayari islamclick.com. Majalah yang akan kami berikan adalah berkaitan pemakanan kita seharian. Majalah kecil ini patut dibaca oleh semua.

Majalah Kesihatan Sebenar ini dalam versi Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

Untuk dapatkan majalah tersebut, sila klik di sini.