Monday 27 May 2013

Maklum Balas Pelajar Bahasa Arab




Alhamdulillah telah diberikan kekuatan dan peluang menjalankan kelas bahasa Arab selama 3 bulan lebih.

Sepanjang 3-4 bulan ni respon yang diberikan oleh pelajar sangat memberansangkan. Walaupun terdiri daripada pelbagai latar belakang; ada asas dan tidak, kamu semua dapat menyiapkan tugasan dengan baik. Persembahan kumpulan dalam kelas pun hebat.

Pada awal kelas dulu saya dah tanya sorang2 sebab apa nak belajar bahasa Arab. Di hujung kelas ni pulak saya nak tanya, apakah komen kamu semua setelah 3-4 bulan bersama saya dalam mempelajari bahasa Arab?

www.islamclick.com

36 comments:

  1. Sy Muhammad Khairul Azwan Bin Roslan (DB120006)
    brsyukur kerana dibukakan hati oleh ALLAH S.W.T. untuk memilih Bahasa Arab sebagai pilihan di UTHM walaupun ramai kwn2 yg memilih Bahasa Jepun dan sebagainya. Sy masih ingat lagi mula2 kelas sy berkata sy memilih Bahasa Arab kerana untuk memudahkan lg sy mengerti makna AL-QURAN. Selepas 3 bln ini sy sudah mahir bercakap bahasa arab yg ringkas. ALHAMDULILLAH. TERIMA KASIH USTAZ ABU HANIFAH. DOAKAN KEJAYAAN SY DALAM SETIAP BIDANG YG DICEBURI. AMIN :)

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah.. selepas 3 bulan mempelajari bahasa arab ni, sy boleh bertutur bahasa arab yang ringkas2 seperti bertanyakan soalan, kata sapaan dan pengenalan diri. saya juga boleh memahami serba sedikit ayat-ayat dalam Al-Quran. pembelajaran dalam kelas yang sempoi, dan penyampaian pengajaran yang mudah difahami sangat membantu saya mempelajari bahasa arab ini. jaza kallahu khairan.
    (DB120008)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Erin Azrin Good Luck ya Final Exam nanti
      dri Khairul BBE :)

      Delete
  3. Assalamualaikum
    Saya Norsolehan binti Mahamud(DB120013)..alhamdulillah..sepanjang 3 bulan sy mempelajari Bahasa Arab.. sy memperolehi ilmu yang bermakna (alquran), maksud2 dalam alquran serba sedikit, dan menggunakan sapaan kepada sahabat2 sy yang turut mempelajari bahasa Arab walaupun ringkas. Syukran kepada Ustaz Abu Hanifah yang telah banyak membantu kami dalam memperbaiki bahasa Arab yang di ajar oleh beliau..Sy harap Ustaz dapat membantu sy dalam memperbaiki Bahasa Arab wlpn kelas telah tamat.Doakan kejayaan sy dan sahabat2 sy yang lain .. jaza kallahu khairan

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum
    saya Muhammad Amir Affandi bin Mukhtar (AF120091)
    alhamdullilah sepanjang penagajian saya bersama Ustaz Abu Hanifah, timbul minat saya untuk mendalami lebih mendalam lagi dalam bahasa arab ini.apabila ustaz menceritakan pengalaman ustaz dalam mempelajari ilmu bahasa arab ini telah mengubah persepsi saya terhadap bahasa arab ini. tetapi yang menghalang saya untuk sentiasa datang awal untuk kelas bahasa arab adalah kerana kelas berlangsung pada waktu pagi, hal ini telah menyebabkan saya sentiasa ketinggalan dalam pelajaran bahasa arab. namun begitu ustaz sentiasa memberi perhatian terhadap pelajar di dalam kelas jika pelajar itu kurang memahami apa yang sedang dipelajari.sekian sahaja daripada saya. saya harap ustaz berbahagia bersama keluarga tercinta, dan teruskan berbakti kepada anak bangsa. aminn.. shukran ya Ustaz Abu Hanifah.

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. assalamualaikum ustaz Abu Hanifa
    saya Mohamad Fazrin bin Zainol (AE110203)
    1)Saya ucapkan syabas kerana berjaya mengajar kami dengan santai setelah stress dengan subjek yang lain.
    2)Syabas juga kerana bukan setakat belajar bahasa arab tetapi pertambahan ilmu agama seperti perkongsian cara nak menangani nafsu,benda yang tak boleh ditolak pemberiannya dan sebagainya.
    3)Konsep pengajaran yang mudah difahami disebabkan ayat yang dibina berdasarkan pertuturan harian seperti contoh, "daging dah lama dah".
    4)Persembahan pengajaran yang terbaik dari ustaz,walau secara santai diselitkan ilmu yang mudah difahami.
    5)Terima kasih ustaz semoga terus membantu umat islam yang lain untuk lebih mendalami bahasa syurga ini:)

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum ustz..
    Saya Muhammad AmirulHakim Bin Mazlan (af120135)
    1) Saya ingin mengucapkan berbanya terimakasih keatas ustaz sebab telah banyak memerah keringat dalam mengajar kelas saya sepanjang 1 sem...
    2) Saya ingin menyatakan saya sangat syokk masuk kelas ustaz sebab ustaz suka menggunakan pelbagai kaedah dan teknik pengajaran b,arab yang mudah untuk saya faham dalam waktu singkat..
    3)Saya doakan kejayaan dan kebahagiaan ustaz selepas ini..semoga ustaz dan sekeluarga dirahmati oleh Allah..

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum w.b.t Ustaz. Saya Nur Arina Zafirah Binti Abd Manaf (AE110227), pelajar seksyen 2. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga atas ilmu yang telah ustaz curahkan buat saya dan sahabat2 seperjuangan. Saya amat berbesar hati kerana telah banyak ilmu yang bermanfaat yang telah saya peroleh sepanjang satu semester ini. Sejujurnya, walaupun saya mempunyai sedikit asas dalam bahasa arab, tetapi ilmu yg ustaz berikan, insyaallah banyak membantu saya mengingati pelajaran2 yang telah lama saya tinggalkan. Saya juga amat berterima kasih kepada ustaz kerana telah menaikkan serta menarik minat saya untuk mempelajari lebih lagi ilmu bahasa arab. Insyaallah, saya akan terus mempelajari bahasa arab selepas ini. Tidak lupa juga, saya ingin memohon maaf sekiranya ada melukakan perasaan ustaz sepanjang sesi pembelajaran. Doakan kejayaan saya dan sahabat seperjuangan :)

    ReplyDelete
  10. assalamualaikum wbt ustaz. saya puteri alifah ilyana binti nor rahim dari seksyen 2. terlebih dahulu syukur alhamdulillah kerana diberi peluang untuk saya mempelajari bahasa arab walaupun dalam tempoh yang agak singkat. di sini saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada ustaz kerana telah banyak menbantu saya dan rakan2 dalam pengajian bahasa arab, banyak input yang saya peroleh daripada pembelajaran dalam kelas ustaz. saya secara tidak langsung berasa minat terhadap bahasa arab walaupun pada awalnya saya agak cetek dalam ilmu bahasa arab ini. semoga ustaz dapat membantu saya dan rakan2 untuk terus mempelajari bahasa arab ini bukan sekadar untuk menghadapi final exam tetapi juga sebagai bekalan ilmu dunia akhirat. juga tidak lupa saya ingin memohon maaf andainya ada tersalah bicara atau perlakuan sepanjang sesi pembelajaran. doakan kejayaan saya dan rakan2 seperjuangan. fii amanillah . wassalam :)

    ReplyDelete
  11. assalamualaikum w.b.t....
    ustaz...ana muhammad iqbal ibnu abdul malik (ae110285)dr s3...
    telebih dahulu ana mengucapkn syukur ke hadrat Illahi kerna memberi peluang memperlajari dan dapat menamatkan silabus subject allaghatil arabiah ini...impian ana dri remaja ag ini walaupun basic.... ^_^

    alhamdulillah....
    dalam sepanjang pembelajaran ana amat menyoronokkan dan banyak ilmu yg ana dapat....xkira allaghatil arabiah....am nya ilmu islam itu tersendiri...

    ustaz mendekati nahnu yg xtau apa pun dlm bidang ini dengan banyak kaedah....
    1.dengan unsur2 sense of humour....
    2.menyelitkan cerita atau sirah2 yg berkaitan....
    3.latihan2 yg simple lakin memberi impak kabiirun kpd nahnu yg basic ini...
    dan macam2 lagi yg x mampu ana ungkapkan....

    syukran ustaz......
    harap ustaz sentiasa dibawah lindungan Allah S.W.T....
    fi amanillah....
    doakan nahnu berjaya...
    insyaallah....panjang umur jumper ag
    kun haziron
    :)

    ReplyDelete
  12. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  13. Assalamua'alaikum ustaz. Apa yang saya rasa selepas lebih kurang 3-4 bulan selepas belajar bahasa arab dengan ustaz, saya merasakan bahasa Arab ini sebenarnya mudah dan senang di faham jika mengikut kaedah yang betul seperti mana di dalam pembelajaran kita di dalam kelas. Saya sungguh bersyukur kerana di beri peluang untuk belajar dengan ustaz. Ustaz mengajar kami dengan penuh isi, namun still dalam keadaan santai menyebabkan saya tidak merasa akan 4 bulan telah berlalu belajar behasa Arab dengan ustaz. In shaa Allah, walaupun selepas ini saya dah tamat untuk satu sem belajar, namun saya beriltizam untuk meneruskan mempelajari bahasa arab dengan lebih mendalam. Ustaz juga pernah berpesan, "bahasa Arab ini kan bahasa Al-Quran, jadi setiap kali kita belajar, ada ganjaran pahalanya". In syaa Allah ustaz. saya akan cuba walaupun saya tidak pernah ada asas bahasa arab. Saya akan cuba mempelajarinya secara perlahan-lahan :) Ustaz, disini juga saya ingin memohon seribu kemaafan daripada ustaz juka selama saya belajar dengan ustaz, pernah melukakan hati ustaz. Ustaz maafkan kami semua ya. Halalkanlah segala ilmu yang ustaz dah bagi dan teruskan perjuangan ustaz dalam mengajar kami, untuk mendalami ilmu bahasa Arab. Ustaz, doakan kami untuk final exam nanti ya ;)

    Anak didik ustaz yang nakal,
    Nadiah A.Raman
    AE110179,
    Seksyen 1.
    :p

    ReplyDelete
  14. assalamualaikum ustaz. sy nabila adnin binti mat zuhan, ae110110 dari seksyen 1. terlebih dahulu saya ucapkan ribuan terima kasih atas segala ilmu dan tunjuk ajar sepanjang 3bln bergelar pelajar kelas ustaz. alhamdulillah. selepas 3bln mempelajari bhasa arab, sy dapat membuka mata menyedari kepentingan dan keindahan bhasa arab. walaupun pd awalnya saya mengambil kelas bhasa arab hnyalah utk senang 'score' dlm final nanti, namun kini saya sedar belajar bahasa arab bukanlah hanya untuk final sahaja. melalui bahasa arab, saya akan lebih mengenali keindahan islam kerana bahasa arab merupakan bahasa al-Quran dan juga bahasa syurga. saya berharap pembelajaran bahasa arab saya bukanlah terhenti smpai disini namun akan sentiasa berterusan. ampun dan maaf andai ada salah dan silap sepanjang 3bulan bergelar pelajar ustaz. mohon dihalalkan segala ilmu yang dicurahkan agar semuanya diberkati Allah swt. Allahu'alam

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum wbt.. Ismi Nor Hafizah Binti Jali @ Saad drpd S1.

    Syukur Alhamdulillah dpt kite bersama dlm pembelajaran Bahasa Arab. Setiap pertemuan ada perpisahan. Begitu juga dlm hal Pembelajaran dan Pengajaran ini.

    InshaAllah, ana berharap dengan keberkatan ilmu yg diperoleh dpt ana praktikkan dlm kehidupan seharian.

    Ampun dan maaf sekiranya ada kesalahan ana sama ada yg nyata mahupun yg tersembunyi. Terima kasih dan tahniah diatas ilmu yg dicurahkan.

    Wassalam.. =)

    ReplyDelete
  16. NUR FARAHIN BINTI BOL RISEP
    (DE110086)
    S1

    Assalamualaikum ustaz

    Alhamdulillah selesai sudah pengajian utk semesta ini.. setiap pertemuan pasti akan berpisah... insyaAllah ana akan ingat ape yang ustaz tlh ajar kpd ana dan sahabat yang lain .. ^-^ .. mugkin tidak semua yg ana dpat ingat .. tp ana tidak akan pernh lupe dengn jasa yang telah ustaz berikan untuk mengajar ana dan sahabat.. trime kasih ustaz .. ( ^ - ^ ) ..

    - cara ustaz mengajar mudah difahami
    - menggunakan nahu yang mudah yang boleh diguna pakai dlm aktiviti harian
    - tidak pernah ade rasa mengntuk walaupon belajar diawal pagi
    - sy suke dengan pembelajaran ustaz ^-^

    maaf ustaz sbb slalu datang lewat .. hehe ..mohon dihalalkn segala ilmu yang dicurahkan kepada ana dan sahabat

    "Kejayaan adalah suatu pejalan bukannya suatu destinasi"

    ReplyDelete
  17. assalamualaikum ustaz,

    saya hazrul izwan bin hamid ( DF120069)

    pertama sekali, saya ingin berterima kasih kepada ustaz atas ilmu yang dicurahkan kepada kami sepanjang pengajian kami di sini.

    Untuk pengetahuan ustaz, cuma di kelas bahasa arab saya boleh menarik nafas lega kerana terhindat sebenter dari subjek major. dengan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang ringan, saya mudah mengaplikasi di luar, berkomunikasi dengan rakan.

    InsyaAllah, semoga urusan kita dunia akan dipermudahkan olehNya, aminnn.

    ReplyDelete
  18. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  19. Assalamualaikum ustaz.

    Sy Azra Hazwanie Binti Azizulkarim (AE110223) dari seksyen 3.

    1)Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih kpd ustaz atas segala ilmu dan tunjuk ajar sepanjang satu semester bergelar pelajar kelas ustaz.

    2)Alhamdullilah,sepanjang satu semester mempelajari bhasa arab, sy dapat membuka mata dan menyedari akan kepentingan dan keindahan mempelajari bhasa arab.

    3)Saya juga lebih mengenali keindahan Islam kerana bahasa arab merupakan bahasa al-Quran dan juga bahasa syurga.Lantas,ia mendekatkan diri kita sebagai umat Nabi Muhammad S.A.W dgn Pencipta,Allah S.W.T.

    4Seterusnya, saya berharap pembelajaran bahasa arab saya tidak terhenti smpai disini sahaja namun akan sentiasa berterusan. Insha allah.

    5)Akhir kata,saya ingin memohon maaf andai kata ada melakukan salah dan silap sepanjang saya bergelar pelajar ustaz.

    6)Mohon dihalalkan segala ilmu yang dicurahkan agar semuanya diberkati Allah swt. Allahu'alam.Doakan saya dan rakan-rakan yang lain tenang menghadapi peperiksaan akhir dan meraih kejayaan cemerlang di dunia dan di akhirat.

    ReplyDelete
  20. Assalamualaikum ustaz.

    Saya MUHAMAD FARHAN BIN HAMIT @ ABDUL HAMID kelas bahasa arab seksyen 1

    Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih atas jasa ustaz yang telah mengajar saya untuk sem ini.

    saya suka cara pengajaran ustaz di dalam kelas yang mampu menarik minat saya untuk belajar dengan gigih.
    teknik pengajaran yang mudah difahami dengan beberapa alat bantuan seperti slide show dan sebagainya.

    Diharapkan ilmu yang diajar mampu dimanfaatkan dalam kehidupan seterusnya dapat menarik minat saya untuk mendalami ilmu arab dengan lebih terperinci.
    Akhir sekali,mohon maaf sekiranya saya ada menyinggung perasaan ustaz.
    sekian terima kasih :)

    ReplyDelete
  21. assalamualaikum w.b.t ..ana nor hirmayanti binti mohd daud.de110120.dari seksyen 1.

    pertama skali ana ingin mngucapkan ribuan trima kasih kepada ustaz atas segla ilmu,tnjuk ajar dan juga nsihat selama ana berada dalam klas.

    selama 3bulan ana dlam klas bahsa arab ini, ana telah pelajari sesuatu yang dan dapt memahami nya dengan muda. ini kerana ustaz mngajar dalam keadaan santai dan juga tidak tertekan.ana juga skarang boleh brtutur arab walaupun sdikit . .

    akhir skali, ana ingin mohon maaf atas segala slah dan silap ana...dan juga harap ustaz halalkan segala ilmu yang diberikan sepnjang semester ini.

    wassalam ..(^_^)

    ReplyDelete
  22. ABABUZEH BIN RAMLI SEKSYEN 1
    assalamualaikomsalam, first time nak daftar kursus dulu,x terpkir nak amik bahasa arab,ingtkan nak amik mandarin,jepun atau perancis,krna ikut kwn,rmai ckp bhasa arab sush,tbe2 time daftar,trbuka plak hti nak blajr bhasa arab bler dgar org kate sush,jadi daftar la kursus bhasa arab,walaupun time tu x ade kwn yg skli.selama sepanjg 5 bulan bljar basic arab,rase seronok plak,dan dalam bhase arab ini mcm ade sesuatu berlainan dri nhasa yg lain.perasaan ingin lebih bljar tntg arab pun mula mngkat dan ustaz pun ade bgtaw org yg blajr bhase arab ney apbila nbulis pun dkra stu ibadah krna tulisan nya merupakn tulisan yg digunakn dlm Al-quran,hrap2 rmai lg student yg akan mngambil bhase ini dmase akn dtg

    ReplyDelete
  23. Assalamualaikum Ustaz.

    Saya Nor Intan Yusnita binti Balok (AE110094) dari seksyen 1 ingin mengucapkan terima kasih kepada ustaz atas segala tunjuk ajar yang telah diberikan kepada kami. Doakan kejayaan saya dunia dan akhirat InsyaAllah. Halalkan segala ilmu yang telah dicurahkan. Terima kasih ye :)

    ReplyDelete
  24. ASSALAMUALAIKUM USTAZ..ANA AZMAN BIN HANAFIAH MATRIKS NUMBER DB120004,SEKSYEN 1.
    Alhamdulillah bersyukur kepada Allah kerana telah mempertemukan saya dengan ustaz. Ya memang benar belajar bahasa arab ini adalah satu kaedah untuk kita memahami bahasa Al Quran yang mulia.alhamdulillah setakat ini saya boleh bertutur dan memahami beberapa perkataan di dalam Al Quran,walaupun tidak la sefasih yang diharap untuk memahami semua perkataan,tetapi saya percaya semakin banyak vocabulary yang dikuasai pasti boleh memahami kitab Allah dengan baik..proses belajar memang begitu..akir sekali kaedah ustaz ajar kami sangat sempoi dan menarik minat pelajar....syukran jazilan ya ustaz..Fi Amanillah..heehhe :)

    ReplyDelete
  25. Assalamualaikum ustaz Saya siti nur mastura bt ahmad db120014 ingin mengucapkan terima kasih kerana telah mengajar saya bahasa arab dan memberi banyak latihan supaya kami dapat memahami bahasa arab dalam masa yang singkat ini. Walauoun begitu ustaz telah banyak memberi kami peluang untuk memperbetulkan kesalahan di dalam latihan yang diberi. Saya harap ustaz dapat mendoakan kami mendapat keputusan yang baik di final nanti.

    ReplyDelete
  26. Assalamualaikum Ustaz, Saya Nazrul Hazri Noordin (AF120120), dri seksyen 1.. Saya ingin mendahulukan ucapan saya dengan ucapan terima kasih kepada Ustaz sepanjang pengajaran dan pembelajaran di UTHM. Pada mulanya semasa memilih subjek untuk bahasa asing, saya telah memilih bahasa mandarin sebagai pilihan kerana mengikut ajakan kawan-kawan. Namun, selepas menimbang kepentingan mempelajari bahasa arab yang cukup indah ini. Walhal bahasa arab merupakan bahasa al-Quran dan juga bahasa syurga. Tetapi kelas bermula di awal pagi menyebabkan saya agak terlewat untuk bermula dari awal. Pentingnya bahasa dalam pertuturan harian memudahkan kesefahaman dan perbualan. Oleh itu, saya merasakan bahasa arab memang cukup unik untuk dipelajari. Di samping mengenali bahasa baharu, kami juga dapat mendalami setiap bait-bait kata bahasa arab yang setiapnya mempunyai makna tersendri. Akhir kalam, terima kasih di atas ilmu yang telah diberi kepada kami :)

    ReplyDelete
  27. Assalamualaikum, saya Nur'Izzati Aqirah binti Amran (AE110034) dari seksyen 3. Alhamdulillah. Di kesempatan ini saya masih diberi peluang untuk memberi sedikit kata-kata kepada ustaz . saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih diatas ilmu yang disampaikan oleh ustaz. Saya rasa bersyukur dengan adanya niat dihati ingin mendalami ilmu Allah ini, ustaz tidak henti-henti membantu kami untuk lebih memahami dan mendalami bahasa Al-Quran ini dengan cara yang mudah dan cepat. Niat belajar kerana Allah itu amat saya rasai dengan adanya pendekatan ustaz kepada saya dan rakan-rakan. Ustaz memberi teknik yang berkesan dan mudah untuk memahami bahasa ini. semoga ustaz terus maju pada masa hadapan. inshaAllah. aamiin :)

    ReplyDelete
  28. assalamualaikum ustaz.saya nas tamimi bin mohamad isa (ae110173)dari seksyen 2 ingin mengucapkan terima kasih kepada ustaz kerana telah mengajar sy mendalami bahasa arab .walaupun hanya satu sem tetapi output yg sy dapat dr ustaz amat membantu sy.

    ReplyDelete
  29. Assalamualaikum..
    saya Natasha BT Amir hamzah CF120296 dari seksyen 3..
    pertama sekali syukur alhamdulillah saya dapat berpeluang mempelajari ilmu bahasa arab sepanjang semester ini. Terima kasih kepada ustaz kerana telah memberi pengajaran yang sangat berkesan, mudah faham disamping menarik minat saya untuk terus mempelajari bahasa arab di masa akan datang.
    syukran ;)

    ReplyDelete
  30. Assalamualaikum..
    Saya Ermaliana Binti Ibrahim(DF120074) dari seksyen 3 =]
    Alhamdulillah. Telah selesai belajar bahasa arab selama 4 bulan bersama ustaz. Kelas yang tidak pernah stress. Pada mula2 masuk u lagi sy dah pasang impian nak belajar bahasa arab. Termakbul juga akhirnya. Sebab utama,sy nk faham apa yang ditulis dalam Al-Quran tanpa lihat terjemahan. Dan sebab kedua, jika diizinkan Allah, masa berada di Tanah Suci satu hari nanti, sy nk cuba bertutur dalam bahasa arab dengan orang2 di sana =]. Terima kasih Ustaz diatas tunjuk ajar. Sekurang2 nya dah boleh ckp Arab sikit2 dari tak tahu apa pun sebelum ni. Harap2 ianya tidak terhenti disini. In shaa Allah. Syukran =]

    ReplyDelete
  31. Assalamualaikum..
    Saya salahuddin bin din -ae110151-dari seksyen 2 kelas bahasa arab ustaz..
    Harini final exam..dan saya rasa saya ade semangat berbekalkan ilmu yg ustaz ajarkan..alhamdulillah..walaupun 4 bulan, tp dr taraf 'noob' boleh la faham sikit tatabahasa arab ni..syukran jazilan ustaz..Maattaufiq wannajah..

    ReplyDelete