Monday 6 August 2012

Kenapa Kita Tak Boleh Lihat Allah




Sebab apakah Allah tak boleh dilihat? Inilah yang bermain di fikiran saya sejak kecik lagi. Kadang- kadang sampai terbayang-terbayang pulak bentuk Allah begini dan begitu.

Bila dah start ngaji ilmu agama, barulah saya sedar kita tak boleh sama sekali membayangkan wajah dan bentuk Allah. Gambaran yang sedemikian adalah salah di sisi pegangan aqidah.

Sesungguhnya Allah tak sama dengan sesuatu pun di atas muka bumi ni. ليس كمثله شيء

Post kali ini ingin saya kongsikan satu jawapan menarik yang telah dijelaskan oleh seorang tokoh ilmuan Mesir, Sheikh Mutawalli Sya'rawi.

Sebelum saya teruskan, info khas kepada pembaca blog saya yang bukan Islam: Dalam kepercayaan orang Islam, Allah adalah satu-satunya Tuhan yang layak disembah. Orang Islam hanya dibenarkan menyembah Tuhan yang satu dan hanya bergantung harap padaNya.

Dalam kitab al Fatawa, Sheikh Mutawalli Sya'rawi telah menjawab persoalan kenapa Allah tak boleh dilihat. Kita tak boleh melihat Allah kerana salah satu daripada kebesaran Allah adalah zatNya sama sekali tidak boleh dilihat.

Allah telah jadikan manusia dan memberikan akal untuk berfikir. Dengan kekuatan dan kelebihan akal yang dibekalkan, manusia mampu menguruskan kehidupan serta mereka cipta teknologi canggih. Walaupun macam mana pun, manusia tak mampu membayangkan bagaimanakah bentuk rupa Allah yang sebenar.

Sekiranya seseorang mendakwa dia mampu untuk mendapatkan gambaran bentuk wajah Allah, ketahuilah bahawa apa yang digambarkannya itu bukanlah Allah. Kalaulah Allah itu boleh digambarkan bentuknya begini dan begitu, maka tidak layak bagiNya untuk bergelar Tuhan kepada sekian alam.

Sedang ciptaanNya pun ada yang tak boleh dilihat, apatah lagi Sang Pencipta. Contohnya, penglihatan manusia amat terbatas untuk melihat angin dan cahaya. Kita hanya mampu tengok daun bergoyang ditiup angin, tapi kita tak dapat lihat macam manakah rupa bentuk angin yang sebenar. Penglihatan mata terbatas di waktu malam.Tapi bila siang hari, dengan sinaran cahaya matahari macam-macam yang kita nampak. Pun begitu kita hanya nampak benda yang dilihat, bukannya kita nampak bentuk cahaya yang sebenar.

Rupa bentuk sebenar angin dan cahaya pun kita tak boleh lihat, apatah lagi zat Allah Yang Maha Agong. Marilah sama-sama kita mempertingkatkan dan memperbaharui iman! جددوا إيمانكم


www.islamclick.com

5 comments:

  1. Syukran atas perkongsian ustaz

    ReplyDelete
  2. T.kasih sudi jenguk blog saya :)

    ReplyDelete
  3. maaf jika perkonsian saya ini terslah..hrap tlong betulkan.
    kita sememangnya dilarang untuk memikirkan zat allah kerana zat allah tidak dapat di ketahui oleh sesiapa pun melainkan allah sendiri.zat allah tidak dapat dijangkau oleh pengetahuan manusia kerana zat allah bebas dari sebarang hubungan apa pun.cukup dirasakan melalui penampilan sifat allah pada alam dan manusia itu sendiri.nama-nama allah berfungsi untuk menyatakan ujud allah.pd diri manusia itu sendiri terdapat 7 sifat allah yg dizahirkan allah pd hambanya.wallahuaklam.

    ReplyDelete