Wednesday, 25 July 2012

Apakah sebaik-baik doa?

Sheikh Mutawalli Syaarawi merupakan seorang tokoh ulamak yang amat disegani di Mesir. Beliau pernah ditanya,
“Apakah sebaik doa yang seharusnya dibaca oleh seseorang Muslim?”

Lalu beliau menjawab, “Sebaik-baik doa adalah doa yang pernah diajar Rasulullah kepada Aisyah:

اللَّهُم إِنكَ عَفُو كَرِيْمٌ تُحِب الْفَعْوَ، فَاعْفُ عَنِّي
Ya Allah, sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Pengampun lagi Maha Mulia yang menyukai keampunan, maka Engkau ampunkanlah aku

Barangkali anda perasan doa ini. Ya, doa inilah yang sering dibacakan imam semasa solat terawih. Alhamdulillah, doa ini sudah pun lama menjadi amalan tradisi dalam masyarakat kita.

Sumber: Kitab Al Fatawa As Asyarawi

No comments:

Post a Comment