Saturday, 21 July 2012

مرحبا يا رمضان


Terdapat sebuah hadis menceritakan ketika Rasulullah sedang turun dari tangga mimbar, Baginda menyebut Amin! Amin! Amin! (Amin di setiap tangga mimbar. Mimbar di zaman Nabi hanya ada 3 anak tangga).

Apabila ditanya oleh sahabat apakah yang diaminkan oleh Rasulullah, lalu Baginda menyatakan bahawa Jibril datang kepadaNya dan berkata:

من أدرك رمضان فلم يغفر له أبعده الله
Sesiapa yang berkesempatan bertemu dengan Ramadhan tetapi apabila Ramadhan habis, dia belum lagi mendapat pengampunan dari Allah, maka orang tersebut sebenarnya telah jauh dari rahmat Allah. Sebab itulah Baginda mengatakan amin!

Marilah sama-sama kita menggunakan masa dan peluang yang diberikan ini untuk memperbanyakkan amalan sebanyak mungkin. Mudah-mudahan Allah merahmati dan mengampuni dosa-dosa kita yang lalu.

!رمضان كريم

www.islamclick.com

No comments:

Post a Comment