Tuesday 10 July 2012

Nikmat dan Azab di Akhirat




Antara kitab karangan Imam Nawawi yang masyhur adalah Riadus Solihin.

Dalam kitab tersebut ada mencerita: di akhirat nanti Allah akan masukkan orang yang hidup paling mewah tetapi banyak maksiat ke dalam neraka seketika. Kemudian dia dikeluarkan, lalu ditanyakan padanya adakah dia masih merasakan akan keseronokan dan kepuasan hidupnya dunia. Dia menjawab demi Allah tidak sekali-kali.

Orang yang hidupnya paling susah semasa di dunia tetapi beramal soleh
dimasukkan ke dalam syurga seketika. Apabila dikeluarkan Allah bertanyakan adalah dia masih merasakan kesengsaraan hidupnya di dunia. Lalu dia menjawab tidak sekali-kali.

Begitulah gambaran betapa pedihnya siksaan neraka dan nikmatnya balasan syurga. Orang pernah merasakan segala kemewahan, kesenangan dan kepuasan semasa hidup di dunia akan melupakan semua itu setelah merasakan azab neraka walaupun hanya sesaat.

Orang yang mengharungi segala ranjau kesusahan di dunia merasakan seolah-olah tidak pernah susah walaupun sesaat setelah diperlihatkan seketika nikmat syurga.

Kesenangan di dunia bagaikan setitik air lautan. Lautan sejauh mata memandang itulah kesenangan yang dijanjikan oleh Allah di akhirat nanti.

www.islamclick.comm

No comments:

Post a Comment