Friday 11 May 2012

"Saya pernah jadi paderi"

Hidayah tidak mengenal sesiapa. Sesungguhnya Allah memberikan hidayah kepada siapa sahaja yang dikehendakiNya. Tuan Haji Ayub Abd. Rahman atau nama sebelum Islam Anthony Samy Perumal adalah antara insan yang paling bertuah di dunia ini kerana dikurniakan hidayah untuk memilih Islam sebagai cara hidup.

Alhamdulillah, saya berkesempatan bertemu buat kali yang kedua bersama Tuan Haji Ayub di Pusat Islam UTHM pada 9 Mei 2012 lepas. Pada kali yang pertama adalah di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAWI) Okt 2010.

Seorang yang sering membaca bible di zaman kanak-kanak sehinggakan melayakkan dia dipilih sebagai paderi. Semasa menjalankan tugas sebagai paderi, beliau telah mengambil senaskah terjemahan Al Quran untuk dibaca. Beliau membuat pengakuan sendiri niatnya membaca terjemahan Al Quran ketika itu bukanlah untuk mencari kebenaran tetapi adalah untuk mencari kelemahan Islam.

Apa yang mengejutkannya adalah keunikan kandungan Al Quran itu sendiri. Selama ini bible adalah kitab suci pegangannya walaupun beliau sedar masih terdapat bahagian-bahagian tertentu yang meragukan dan tidak menyenangkan fikirannya. Diringkaskan cerita, penilitiannya terhadap tafsir Al Quran itu adalah titik permulaan hijrah Anthony Samy Perumal.

Dahulunya paderi, sekarang daie (pendakwah). Hari ini Tuan Haji Ayub Abd. Rahman bukan sahaja berjaya mengislamkan dirinya malah ratusan masyarakat di Malaysia dan antarabangsa. Semoga Allah memberikan kekuatan kepada beliau untuk meneruskan usaha agong tersebut. Mudah-mudahan kita dapat mencontohi usaha Tuan Haji Ayub Abd. Rahman. Walaupun tidak dilahirkan dalam agama Islam, akan tetapi hari ini beliau telah berjaya mengislamkan ramai orang.

Dalam sesi 2 hari lepas, beliau telah banyak juga topik yang dibentangkan termasuk holy water dan zikir orang kristian. Saya tidak sempat berkongsi kandungan tersebut pada post kali ini. I.Allah akan dimasukkan pada post akan datang.

"Jom banyakkan selawat di penghulu segala hari."

No comments:

Post a Comment