Monday 21 May 2012

Holy Water

"Ada sorang student terminum holy water, terus tak boleh mengucapkan dan tak boleh sebut nama Allah". Saya pernah dengar kenyataan seakan-akan tu dulu dan percaya hidup-hidup. Tapi lepas dengar sesi ceramah yang disampaikan sendiri oleh seorang bekas paderi, rasa terkejut jugak.

"Saya pernah buat boleh holy water, tapi itu pun selepas bertahun-tahun belajar di gereja. Bukan semua paderi layak untuk buat holy water, hanya yang telah belajar selama 9 tahun sahaja layak untuk membaca mantera itu (salah satu proses menghasilkan holy water."

Begitulah yang diceritakan sendiri oleh Tuan Haji Ayub Abd. Rahman atau nama sebelum Islam Anthony Samy Perumal. Holy water bukanlah diminum, tapi digunakan oleh orang kristian untuk "berwuduk" sebelum memasuki gereja. Mereka percaya bahawa iblis tidak akan masuk gereja dengan mereka bila "berwuduk" dengan holy water.

"Saya rasa pelik macam mana ada orang Islam boleh minum holy water sedangkan pihak gereja sendiri tak pernah bagi orang minum dan tak membenarkan untuk dijual, " kata Hj Ayub. Kemungkinan yang diminum atau terminum oleh individu-individu tersebut sehinggakan tak boleh mengucap & tak boleh sebut nama Allah adalah air lain tapi dikatakan holy water. Holy water bukanlah dibuat dari bahan yang kotor, antara kandungannya adalah minyak zaitun & lain-lain lagi.

Bagi Tuan Hj Ayub, kita hendaklah tau perkara yang betul supaya beertika dalam membuat sebarang dakwaan. Orang bukan Islam susah untuk respect kita apabila kita memperkatakan sesuatu yang bukan realiti.

Beliau mengakui pihak gereja sangat aktif dalam gerakan mengkristainkan orang, tetapi bukan dengan cara mengedarkan holy water. Pihak gereja lebih tumpukan kepada isu-isu kebajikan dalam menarik orang Islam untuk mengikut agama Kristian. Kata Hj Ayub, ramai di kalangan ibu tunggal dan anak-anak mangsa perceraian telah berjaya ditarik oleh pihak gereja hanya bermula dengan mengambil berat tentang soal makan minum mereka.

Tuan Hj Ayub menegaskan bahawa sebagai umat Islam kita sepatutnya lebih aktif berdakwah kepada orang bukan Islam untuk mendekati agama kita. Sedangkan orang yang berada bukan dalam agama yang lurus pun bersungguh-sungguh menyebarkan agama dan pahaman mereka, apatah lagi kita penganut agama junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.

2 comments:

  1. bkan holy water dibuat dari rendaman bayi yang mati? maaf klau salah.

    ReplyDelete
  2. Thanks atas respon. Hmmm, setakat maklumat yang saya dapat sendiri bekas paderi tu, holy water water dibuat dari bahan yang ok la. Saya pun tak tau sejauh mana kebenarannya..

    ReplyDelete