Cerita Juha amat famous di kalangan orang Arab macam kisah Mat Jenin dalam kehidupan orang Melayu.
Dah lama Juha tak potong rambut. Dia pun rasa x selesa dengan keadaan sekarang. Juha pikir ada baiknya dia botakkan terus kepala, senang sikit. Bila kepala botak, lambat sikit nak tumbuh rambut, so tak payah la pi kedai gunting kerap-kerap lagi.
Dia pergi ke sebuah kedai gunting rambut. Ni adalah kali pertama dia ke kedai tersebut. Bila sampai giliran untuk gunting, Juha bagitau niatnya untuk botakkan rambut.
Mulalah sesi mendogolkan kepala. Tukang gunting tadi tu dah tua dan mata pun dah kabur sangat. Dah lama dia tak botakkan kepala pelanggan.
Semasa pendekkan rambut Juha, semuanya berjalan dengan lancar. Bila rambut tinggal pendek ja, dia pun mengambil pisau cukur untuk licinkan bahagian yang berbaki.
Penglihatan yang kabur telah buatkan kepala Juha berdarah. Tukang gunting tu mengambil kapas dan letakkan pada tempat yang luka. Lalu diteruskan cukur pada bahagian lain pulak. Banyak juga yang luka, semuanya diletakkan dengan kapas.
Akhirnya Juha tak dapat nak tahan sakit lagi. Lalu Juha berkata pada tukang gunting tu, "sudah la tu,habis kepala aku kau tanam dengan kapas. Simpanlah sikit ruang untuk aku tanam barli dan gandum pulak!" Tercegang tukang gunting tu.
huhuhu..nice story ^_^
ReplyDelete