Kebanyakan kita akan mengambil pengajaran setelah terhantuk! Sebab apa? Sebabnya kita lebih senang untuk tak berubah. Kebiasaannya kita terus saja buat apa yang selalu kita buat sehinggalah terlanggar tembok.
Sebagai contoh, kesihatan kita. Bilakah kita mengubah pemakanan dan mula bersenam? Apabila badan kita sudah teruk - bila doktor cakap, " Kalau tak ubah gaya hidup bermakna kamu dah tak ada harapan lagi." Baru tiba-tiba kita mahu berubah.
Dalam hubungan - bilakah selalunya kita menyatakan kasih sayang? Apabila rumah tangga hampir runtuh, apabila keluarga sudah dah nak porak peranda!
Dalam pelajaran - bilakah kita mula tekun belajar? Apabila kita nyaris gagal. Dalam perniagaan - bilakah kita mencuba idea baru dan membuat keputusan yang sukar? Apabila bil bertimbun tak berbayar. Bilakah kita akhirnya belajar melayan pelanggan? Lepas semua pelanggan angkat kaki!
Bilakah selalunya kita berdoa? Apabila hidup sudah kucar-kacir! Ya Allah, aku tahu aku dah lama tak berdoa padaMu, sejak kali terakhir aku ditimpa bala.."
Kita mendapat pengajaran besar dalam kesusahan. Bilakah anda membuat keputusan terpenting dalam hidup? Apabila anda jatuh melutut - setelah ditimpa bencana, dikecewakan, disakiti dan dihina. Ketika tu hati kecil bersuara, " Aku dah bosan hidup kesempitan, dah muak diejek orang, dah jemu menjadi orang suruhan.
Apabila mendapat kejayaan, tak banyak pengajaran yang kita sedari. Kegagalan sememangnya pedih - waktu tulah kita terdidik. Difikirkan kembali, jelaslah bahawa "bencana dan musibah" membawa perubahan yang baik
Manusia terikat pada tabiat. Kita terus saja buat apa yang kita suka sehinggalah sampai masanya kita terpaksa berubah jugak.
Sempena tahun baru Hijrah, ayuh lalukan perubahan ke arah yang lebih positif!
From "Follow Your Heart"
www.islamclick.com
No comments:
Post a Comment