Monday, 10 June 2013

Sirah: Rahsia Nama Nabi Muhammad SAW

Apakah yang kita tahu tentang ibu & bapa Nabi?
Bapa Nabi adalah anak kesayangan Abdul Mutalib & dikahwinkan dgn wanita yang paling baik ketika itu; Aminah bt Wahab.
Bila Nabi dilahirkan?
Hari Isnin 12 Rabiul Awwal 570M. Hari tersebut adalah hari yang paling indah dan cuaca yang paling elok.
Dinamakan dengan nama Muhammad, nama yang jarang digunakan oleh orang Arab. Masyarakat sekeliling berasa terkejut bila mendengar nama tersebut. Datuk baginda telah berazam dari awal lagi hendak namakan dengan Nama Muhammad.
Apakah rahsia nama Muhammad?
Muhammad bererti terpuji. Setiap kali dipanggil Ya Muhammad, beerti kita menyebut “wahai yang terpuji”. Walaupun Nabi dihina, tetapi akan tetap ada pujian dalam penghinaan tersebut. "Celaka kau Muhammad!" kata Abu Lahab. Pada yang sama bermaksud, "Celaka kau wahai orang yang paling terpuji".
Persoalan di sini, adalah insan yang paling terpuji akan membuat sesuatu yang tak elok? )

No comments:

Post a Comment