Bila
dengar pasal bonus, semua orang hepi. Ya la, sapa yang tak seronok kalau dapat
duit. Duit tu penting dalam kehidupan seharian kita. Duit tak akan bagi kita
segala-galanya, tapi dengan duit banyak benda yang kita boleh buat.
Jangan
kita lupa bekalan untuk kehidupan yang satu lagi; akhirat. Kat dunia ni
boleh mintak tolong orang, tapi susah kat sana bergantung pada amalan dan
rahmat Allah sahaja.
Mungkin
kita tak mampu nak buat banyak amalan sebagai mana golongan terdahulu. Tapi kita
boleh amik peluang untuk gandakan ganjaran pahala kita.
Salah
satu cara untuk gandakan pahala ialah dengan mengajar atau berkongsi ilmu
dengan orang. Bila kita nampak kawan kita selalu susah hati, mungkin kita boleh
cakap kat dia supaya banyakkan baca Quran. Bukanlah baca Quran tu boleh membuahkan ketenangan.
Bila
kawan kita tu baca Quran, kita akan dapat pahala sama macam yang dia baca
jugak. Kita tak perlu tunggu sampai jadi ustaz untuk mengajar orang tentang
ilmu agama. Cukup sekadar berkongsi dengan apa yang kita tau pun boleh menjana
pahala yang banyak untuk bekalan akhirat kita nanti.
Seperti
hadith sahih di bawah menyatakan:
No comments:
Post a Comment