Catatan di bawah diilhamkan oleh Prof Dr. Muhaya Hj Mohamad ( buku: BAHAGIA & MEMBAHAGIAKAN)
Kesihatan tak boleh dinilai dengan harta dan wang ringgit. Duit boleh ditukar ganti dengan barang-barang tetapi belum tentu boleh memulihkan kesihatan bila ditimpa musibah sakit. Hargailah nikmat kesihatan yang dimiliki sekarang.
Kebanyakan kita merancang mencari wang sebanyak mungkin untuk menjadi kaya dan berharta, tapi tak pernah merancang bagaimana menjaga dan mengekalkan tahap kesihatan diri.
Fizikal badan kita adalah amanah dari Allah yang mesti dijaga sebaiknya. Ramai yang tak tahu tentang hakikat ini. Tubuh badan ini bukanlah milik yang mutlak, ia mestilah dijaga dan digunakan sebaik mungkin untuk mengabdikan diri kepada Allah.
Jika seseorang telah menghidap penyakit dan mengalami tahap obesiti badan yang tinggi tetapi masih lagi tidak mengawal pemakanan, tabiat sebegini boleh membawa kepada haram kerana dia telah menzalimi tubuh badannya sendiri malah tidak menjaga amanah yang Allah berikan.
Perancangan kesihatan perlu dibuat lebih awal. Seorang ibu yang mengandung akan makan makanan yang berzat dan juga tidak ada bahan perisa yang banyak. Para peniaga makanan pula dinasihatkan jangan terlalu banyak menggunakan bahan perisa demi keuntungan tetapi manakan yang disediakan tidak sihat.
Kalau nak sihat, kita mesti sihatkan orang lain dengan perniagaan kita. Selain keuntungan, kita juga dapat membantu orang lain dan akan diberikan ganjaran pahala isya Allah.
Siapa pun kita, yang penting jangan bekerja dan mencari wang semata-mata. Kita merancang kekayaan tetapi tidak merancang kesihatan. Jangan kerana memiliki wang ringgit, kita hanya pentingkan selera makan sahaja tanpa memperdulikan kesihatan tubuh badan.
Sesiapa yang tidak jaga kesihatan dari sekarang, sebenarnya orang itu mementingkan diri sendiri, makan tanpa ada pantang mengikut selera sahaja. Bila dah jatuh sakit, dia akan menyusahkan orang lain untuk menjaganya. Jika kita hidup dengan niat menjaga kesihatan supaya mudah mengabdikan diri kepada Allah, tidak mahu menyusahkan orang lain untuk menjaga kita suatu hari nanti, maka insya Allah minda kita akan fokus ke arah kesihatan.
Di dunia ni, setiap langkah yang kita lakukan hanya untuk Allah. Menjaga kesihatan untuk mengabdikan diri kepada Allah, bukan untuk manusia. Untuk Melakukan aktiviti sihat seperti bersenam mestilah dilihat dari segi pahala dan dosa jugak. Janganlah asyik bersenam sehingga terlepas waktu solat. Jangan terlalu memaksa diri sehingga badan kepenatan daripada melakukan ibadah. Carilah jurulatih yang sama jantina di gimnasium dan pakailah pakaian yang menutup aurat yang sesuai dengan aktiviti yang dilakukan.
Orang yang berjaya akan berusaha melakukan aktiviti sihat yang kebanyakan orang ain merasakan sukar seperti senaman. Senaman merupakan aktiviti yang kurang disukai ramai.
Apa yang penting ialah mencari jalan bagaimana hendak menjadikan sesuatu aktiviti itu sebagai satu tabiat. Tabiat adalah perkara yang dilakukan secara aotomatik.
Untuk menjadikan ia sebagai satu tabiat, saya menyarankan agar kita membuat satu borang. Lebih elok jika dilakukan bersama-sama suami isteri. Tulis dan catatkan "Saya berjanji melakukan senaman selama 2- minit, 3 kali seminggu." Jika nada berkemampuan, tetapi tidak tahu bagaimana melakukan senaman, bolehlah menapatkan khidmat jurulatih di gimnasium.
Akhir sekali fokuskan kepada makanan sihat dan bukannya makanan sedap. Memang kita telah buat kerja rumah, tetapi kita cuma aktif fleksibiliti. Kita perlu buat aerobic seperti senaman breath walking selama 30 minit. Ia amat baik untuk kesihatan kita> Lakukanlah sebagai satu tabiat dalam kehidupan seharian.
No comments:
Post a Comment