Alhamdulillah hari ni genap umur saya 30 tahun. Ada member cakap waah dah bertambah umur hang. Ya ka dah makin bertambah?
Imam Hasan al Basri pernah kata:
إنما أنت أيام مجتمع
"Sesunggunya kamu ni macam jumlah hari. Bila berlalunya sehari maka berkuranglah umur kamu".
Dari sudut angka umur kita memang makin bertambah, tapi dari sudut tempoh masa bertahan, umur kita makin berkurang. Nabi pernah bagitau yang umur umatNya hanya sekitar 60 tahun sahaja. Bila umur kita meningkat, ertinya tempoh bertahan kita makin berkurangan.
Tak guna umur yang panjang tapi amalan kurang. Lebih baik umur sekejap tapi digunakan dengan sebaiknya. Tapi kalau umur panjang digunakan sepenuhnya dengan baik, itulah yang amat terbaik.
Rabiatul "Adawiyah pernah kata, kalau diberikan pilihan syurga atau umur yang panjang di dunia untuk aku beribadah, nescaya aku akan memilih usia yang panjang untuk aku terus beribadah.
Masya Allah, betapa hebatnya Rabiatul 'Adawiyah yang telah menikmati kemanisan iman. Mudah-mudahan Allah memberikan kepada kita juga perkara yang sama.
Pada kesempatan ni saya nak ucapkan berbanyak-banyak terima kasih pada semua yang telah wish di FB, بارك الله لكم
www.islamclick.com
No comments:
Post a Comment