Seorang arkitek baru kehilangan isteri tersayang yang telah kembali ke rahmatullah. Tidak berapa lama selepas itu, dia mulalah meminta kawan-kawan mencarikan jodoh baru untuknya. Maklumlah lumrah seorang laki-laki tidak boleh hidup tanpa pasangan.
Kawan-kawannya berasa hairan kenapa si arkitek ini beriya-iya sangat untuk kahwin lagi sedangkan isterinya baru sahaja pergi. “Kalau tak pun kau tunggu la dulu geng, tanah kubur isteri kau pun masih merah lagi.”
“Betul apa yang kau cakap tu mat. Isteri aku dulu pun pernah pesan, bila dia mati nanti tunggu la sampai tanah merah tu pudar dulu kalau nak kahwin lain sekali pun.”
“Habis yang kau dok sibuk-sibuk nak kahwin cepat-cepat ni apasal. Kan si arwah pun ada pesan macam tu,” celah kawannya.
“Persoalannya..aku nak tunggu sampai bila? Lagi pun kawasan perkuburan isteri aku tu semuanya tanah merah, sampai kiamat pun kemerahan tanah tu tak akan pudar!
Catatan:
1) Perkahwinan adalah ibadah. Solat orang yang berkahwin mendapat pahala berlipat-lipat kali ganda dengan orang yang tidak berkahwin. Sesungguhnya tidak sama pahala ibadah orang berkahwin dengan orang yang masih bujang.
No comments:
Post a Comment