Friday, 19 October 2012

Serba Tak Kena

Dua beranak keluar bermusafir bersama seekor keldai. Mereka berasa kasihan kepada keldai tersebut lalu tidak mahu menunggangnya.
Apabila lalu di suatu kawasan, mereke berselisih dengan seseorang lalu menegur mereka. “Tidak ada agama bagi yang tidak berakal. Kenapakah kamu tidak menunggang keldai ini sedangkan Allah jadikan dia sebagai binatang tunggangan?”
Terpegun dengan teguran itu lalu kedua-dua mereka terus menaiki keldai tersebut. Setelah berjalan beberapa ketika, mereka berselisih pula dengan orang lain yang menegur, “Barangsiapa yang tidak ada sifat belas kasihan, maka Allah tidak akan merahmati mereka. Tergamak kamu berdua membebani tunggangan ini.”
Mendengar kata-kata lelaki tersebut lalu si anak turun dari keldai tersebut dan menuntun keldai berkenaan. Tidak berapa lama kemudian, mereka berselisih pula dengan orang lain lalu berkata, “Sabda Nabi bukanlah di kalangan umatku orang yang tidak mengasihi golongan muda. Sampai hati kamu membiarkan anak kamu berjalan sedangkan kamu bersedap-sedap di atas tunggangan.”
Setelah teguran ini si bapa terus turun dan keldai itu ditunggangi oleh anaknya pula. Beberapa ketika pula mereka berselisih pula dengan lelaki lain. Lelaki ini berkata, “Nabi pernah berpesan bukanlah di kalangan umatku orang yang tidak menghormati golongan tua. Sampai hatimu membiarkan orang tua itu berjalan dan menuntun keldai sedangkan kamu berkenderaan.”
Jadi serba tak kena juga kedua beranak ini. Sekejap itu sekejap ini.... Akhirnya mereka membuat suatu keputusan yang dirasakan paling bijak untuk memikul keldai tersebut. Apabila di atas jambatan kecil melintasi sungai, keldai itu berasa takut melihat air lalu ia meronta-ronta untuk lepaskan diri. Sayangnya keldai itu terjatuh ke dalam sungai.
Catatan:
1)      Sebagai manusia yang memiliki banyak kelemahan, kita tidak akan mampu untuk membuatkan semua orang lain berasa selesa dengan kita. Jika ada pihak lain yang sukakan kita, tidak mustahil akan ada pihak lain yang tidak puas hati dan berdendam dengan kita. Lakukanlah sesuatu dengan mengikut garis panduan semata-mata mengharapkan redha Allah dan rahmatNya.

No comments:

Post a Comment