Gagal? Perkataan mana yang lebih tepat; gagal atau belum berjaya? Saya lebih suka istilah belum berjaya.
Tidak ada istilah gagal dalam hidup kita. Mungkin orang tu tak lulus SPM, dapat lulus temuduga, buat bisnes tak menjadi. Bila tak mencapai tahap yang kita inginkan, tu tak bermakna kita dah gagal.
Jangan cakap yang kita dah gagal. Sebenarnya kita belum berjaya. Mungkin ilmu yang kita ada belum cukup untuk capai tahap tersebut. Mungkin usaha kita belum mencukupi atau mungkin kita belum buat yang terbaik.
Kita tidak akan gagal selagi kita tak berputus asa. Tak capai target tu bukanlah kegagalan, tapi ianya merupakan proses untuk berjaya. Untuk berjaya kita perlu lalui liku2 kehidupan termasuk jatuh bangun.
So, bila belum capai apa yang kita impiankan, janganlah cakap, " aku dah gagal" , tapi bagi tau diri kita bahawa kita belum berjaya. Kena tingkatkan usaha & tambah ilmu lagi :)
Info ini disampaikan oleh www.islamclick.com
No comments:
Post a Comment