La ni student degree IPT dah mula final exam. Ada yang nampak ceria, ramai jugak yang nampak macam stress.
Apa laaa yang ada pada exam...
Exam tu penting, tapi janganlah segala-galanya kerana exam. Masa dekat exam baru nak cari buku, baru kalut nak jumpa lecturer, baru sibuk nak tengok soalan-soalan yang lepas, ni semua bukanlah tabiat yang elok. Pelajar yang ada tabiat ni bermakna dia bukanlah betul-betul ikhlas untuk menuntut ilmu. Tapi belajar untuk dapat ijazah, lepas tu nak keja. Rugi sangat bersikap sedemikian sebab makin gaji ni bukanlah dapat duit banyak sangat pun. Tak percaya pi la tanya pensyarah-pensyarah yang dah belajar sampai PHD.
Kita belajar untuk mencari ilmu. Mencari ilmu ni adalah 1 ibadah yang sangat mulia, besar pahala di sisi Allah. Tapi kalau belajar disebabkan nak dapat keputusan yang elok ja, rugi sangat. Proses belajar tiga empat tahun tu tak jadi ibadah pun.
Belajar selain agama pun kalau niat betul jadi ibadah. Tak semestinya belajar agama sahaja. Belajar perubatan dan kejuruteraan contohnya adalah fardu kifayah. Dalam sesuatu kawasan tu kalau tak ada orang belajar ilmu ni, semua akan berdosa.
Nak berjaya kena ada sikap yang cemerlang. Bila tak faham, terus tanya pensyarah dalam kelas. Ada jugak student yang tak faham, bila lecturer tanya dalam kelas faham ke tak, tak cakap apa2 pun. Bila nak exam baru kalut nak jumpa lecturer. Boleh pulak tanya soalan apa yang akan keluar final nanti. Hmmmm, kalau dah tau soalan apa yang nak keluar, buat apa pi exam??
Sepanjang saya belajar dulu tak pernah sekali pun saya tanya pensyarah soalan apa yang akan keluar nanti. Saya rasa sangat malu nak tanya soalan tu, lagi pun sememangnya tak perlu tanya pun. Exam adalah untuk menguji ilmu yang kita dah belajar dalam sem tu.
Saya doakan kejayaan untuk semua, khususnya pelajar-pelajar saya. Betulkan niat dan usaha bersungguh-sungguh. Masa masih ada. Ingat perngorbanan mak ayah yang hantar kita belajar. Hentikanlah sikap memberi alasan pada mak ayah bila tak dapat CGPA yang okay nanti.
Cemerlang tak semestinya dapat A+, kadang-kadang dapat B pun dah kira cemerlang untuk kita. Kalaulah kita lemah dalam subjek tu, biasanya dok dapat C / D, lepas kita usaha kita dapat B,B tu adalah sangat cemerlang untuk pelajar tersebut.
Berputih tulang adalah lebih baik dari berputih mata.
بالتوفيق والنجاح
No comments:
Post a Comment