Thursday, 20 September 2012

Cucur Udang Cucur Kodok

Punya sibuk beraya sampai tak sempat nak update blog. Maklum la orang Johor kan raya sebulan. Dah asyik dok makan ja, so kali ni saya cerita bab makanan sikit.

Cucur Udang Cucur Kodok
Semasa pulang dari kerja, Leman terasa lapar tak terhingga kerana tak keluar makan tengahari ketika lunch hour.
Tak jauh dengan persimpangan jalan kelihatan ramai yang beratur untuk beli kuih. Leman pun turut sama beratur di situ.
“Oo.. cucur udang rupanya. Mesti sedap punya ni sampai kena beratur macam ni,” bisik Leman.
Tiba-tiba ada seorang lelaki datang melulu ke gerai tu dengan perasaan marah-marah. “Tepi-tepi! Mana tauke cucur ni aku cakap sikit. Penipu punya tauke, kata jual cucur udang. Ni satu bekas plastik aku beli sekor udang pun tak dak. Penipu betul!”
“Tauke gerai tu nampak tenang ja. Kalau aku yang kena maki macam tu mesti aku cuak gila,” kata Leman dalam hatinya.
Dengan tenang tauke tu memberi respon pada lelaki yang sedang marah-marah tu. “Encik, cik pernah makan cucur badak tak?” “Mestila pernah. Kenapa awak nak tukar tajuk pulak ni. Saya cakap pasal udang bukannya pasal badak,” jawab laki dengan nada yang marah-marah.
Dengan senyuman tauke tu bertanya lagi, “Cucur badak yang encik makan tu ada badak tak dalam cucur tu? Cucur kodok yang isteri awak masak pun tak kodok pun dalam tu kan?”
Mendengar kata-kata tauke tu, muka lelaki yang marah-marah tadi tiba-tiba menjadi merah- kemerahan seperti udang kena rebus.
Catatan:
1)      Kita hendaklah selalu mengawal emosi dan perasaan dalam apa jua situasi. Melepaskan perasaan dengan marah dan maki hamun tidak boleh menyelasaikan masalah sebaliknya akan mengeruhkan lagi keadaan. Nabi pernah berpesan, “Janganlah kamu marah, janganlah kamu marah, janganlah kamu marah.” Nabi lafazkan kata-kata tersebut sebanyak 3 kali.

No comments:

Post a Comment