Thursday, 14 June 2012

Mesej Ust Azhar Idrus


Alhamdulillah ceramah Ust Azhar Idrus (UAI) di Parit Raja 9 Jun 2012 berjalan lancar. UAI berceramah lebih kurang 2 jam. 1 jam pertama dimulakan dengan tazkirah.

UAI menekankan akan kepentingan belajar ilmu agama. Tak kira siapa pun kita, ilmu agama mesti dipelajari. Ilmu agama bukan milik golongan ustaz dan ustazah sahaja, tapi semua orang kena tau sebab kita hamba Allah dan menjadi kewajipan atas kita untuk menyempurkan semua tanggungjawab yang Allah tetapkan. Hanya dengan ilmu agama sahaja yang menjamin kita dapat melaksanakan ibadah dengan betul.


Pada jam yang kedua, UAI menjawab soalan-soalan yang diberikan. Antara persoalan yang diketengahkan ialah:
- hukum lelaki pakai inai
- hukum usaha mendapatkan soalan bocor untuk peperiksaan
- hukum meniru dalam peperiksaan
- bolehkah wanita membaca Al Quran tanpa memakai tudung
- bilakah waktu mesti menutup aurat
- bolehkah orang Islam berpolitik bersama orang bukan Islam


Menurut PA Johor UAI, jumlah kasar kehadiran malam tersebut mencecah 20 ribu. Ramai yang tak dapat masuk ke bahagian dalam tempat ceramah disebabkan kesesakan. Hujan mula turun renyai-renyai sebaik sahaja UAI ingin menamatkan sesi soal jawab tersebut. Banyak soalan yang dikumpulkan tetapi UAI hanya sempat memberikan respon pada beberapa soalan sahaja. Majlis diakhir dengan persembahan dikir barat.

UAI mendapat banyak undangan daripada pelbagai pihak. Beliau juga pernah dijemput oleh Ibu Pejabat Polis Bukit Aman untuk memberikan ceramah di sana. Dimaklumkan sekarang telah ada usaha-usaha untuk mengajurkan kuliah UAI di masjid negara.

Semoga majlis ilmu seperti ini dapat diadakan lagi pada masa akan datang.

No comments:

Post a Comment