Friday, 13 April 2012

Bagaimana membina benteng iman?


Semasa sesi tazkirah bersama KUTECH, sebuah anak syarikat UTHM, ada seorang mengajukan soalan. Apabila diuji dengan kesenangan, ramai yang lupakan diri dan menganggap dunia ni bagaikan syurga. Bagaimanakah caranya memastikan diri kita tidak menjadi seperti itu?

Soalan yang berat untuk dijawab. Walau bagaimanapun, diringkaskan seperti berikut. Kita hendaklah sentiasa menjaga diri dan membina bentang agar iman yang disemai akan membuahkan hasil. Ada 3 perkara yang mesti kita amalkan untuk membina pertahanan diri:
1) Lazimkan diri solat berjemaah.
2) Perbanyakkan bacaan Al Quran.
3) Amalkan zikir لا حول ولا قوة إلا بالله

Tidak sempat untuk dikongsikan rahsia 3 perkara di atas disebabkan banyak tugasan yang hendak diuruskan. Cuma, amalkanlah! Anda akan merasai kehebatannya!

No comments:

Post a Comment