
Kita terlupa bahawa kita juga mempunyai sesuatu yang amat berharga dalam hidup ini. Allah itu Maha Adil, Dia pasti akan memberikan yang terbaik untuk hamba-hambaNya. Setidak-tidaknya Allah telah menganugerahkan kita nikmat masa.
Masa adalah suatu nikmat yang paling berharga yang dimiliki oleh manusia. Dengan masa kita dapat gunakannya untuk belajar, beramal soleh, bekerja dan lain-lain lagi.
Disebabkan masa itu terlalu penting dan begitu bernilai, Allah telah bersumpah dengan perkataan-perkataan yang menunjukkan masa di dalam Quran seperti والعصر، والليل dan والضحى.
Kita juga mestilah selalu ingat bahawa:
- Masa akan berlalu dengan begitu pantas.
- Masa yang berlalu tidak akan kembali lagi.
- Sesuatu yang paling berharga yang manusia miliki adalah nikmat masa.
No comments:
Post a Comment